Pembersih Bahan Kulit
Pembersihan Dalaman
Produk siap guna untuk membersihkan dan melindungi permukaan vinil, kulit dan dalaman kenderaan bermotor. Menyegarkan dan memulihkan, mencegah kerosakan dan keretakan akibat sinar UV.
Mengandungi
- Cocodiethanolamide <1%
- Blend of ionic and non-ionic surfactants <1%.
Bagaimana nak guna
Semburkan pada kain Mikrogentian Shell dan gosokkan pada bahagian yang perlu dibersihkan. Terbalikkan kain, atau gunakan bahagian yang kering, untuk menghapuskan sisa berlebihan. Dengan kain bersih yang lain, gilap hingga menghasilkan kemasan yang kering dan bersih. Untuk hasil yang optimum, lebih dahulu pastikan permukaan tidak panas. Jangan gunakan pada kain, suede, atau bahan serupa suede. Rujuk manual operasi kenderaan tentang arahan khusus penjagaan permukaan, dan lebih dahulu uji pada permukaan kecil yang tidak ketara.
Amaran
Bahan Kimia Berbahaya. Menyebabkan kerengsaan mata yang serius. Jauhkan dari jangkauan kanak-kanak.
JIKA DALAM MATA:
Bilas dengan hati-hati menggunakan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika dipakai dan mudah ditanggalkan. Teruskan membilas mata.
Jika berlaku keracunan atau kecemasan, segera telefon Pusat Maklumat Racun tempatan atau hubungi +61 2 9186 1132.